
![]() |
Drama adaptasi novel yang bakal menggantikan Drama Adam dan Hawa - Drama "Sehangat Asmara" kemungkinan akan mula bersiaran pada 21 Januari 2013, di Astro Mustika HD 134.
Pelakon :
Adi Putra ( Zainal Arief)
Rita Rudaini (Kamilia Najwa)
Shahz Jazle ( Azman Dato Razali)
Adik Nur Ezlin (Misya)
Dian P. Ramlee (ibu Kamilia)
Mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang
melanjutkan pelajaran di luar negara, bertemu dengan Zainal Arief, satu
pertemuan yang membuahkan “ Cinta pandang pertama".
Demi cinta mereka bersatu , namun perkahwinan
mereka tak direstui oleh keluarga. kerana ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi
Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka.
Detik-detik kebahagiaan mereka tiba-tiba
terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan
kembali lagi. Namun janji tinggal janji, Zainal menghilang tanpa khabar
berita membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang
keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan
Zainal Arief, Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.
Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh
keluarganya dan mereka memaksa Kay melupakan Zainal. Dalam keadaan fikiran yang
tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman
banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal
Arief.
Selama 9 tahun lamanya, tiada khabar berita dari Zainal.
Selama 9 tahun lamanya, tiada khabar berita dari Zainal.
Tanpa diduga, Zainal muncul kembali setelah dia
ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah
. Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia
tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan selama
ini 'disembunyikan' oleh Kamilia dari pengetahuan lelaki itu.
Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal
tidak pernah padam. Kerana dendam Kay tidak membenarkan Zainal menghampiri
Misya. Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya,
Zainal Arief, setelah tahu hasrat Zainal yang ingin membawa kes tuntutan ke
mahkamah .
Kerana dendam dan rasa tidak puas hati,
Kamilia terus terusan bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya
dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal
Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh
meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang
meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu.
Anehnya, walaupun dia masih lagi
berdendam dengan Zainal, namun 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih
kuat dan mengusik perasaannya. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal
masih menyimpan perasaan cinta terhadap Kay, sehinggakan Zainal Arief
melamarnya buat kali kedua kerana mahukan keluarga yang bahagia , hidup
bersama Kay dan anak mereka..
Buntu dan binggung fikirannya,
lebih-lebih lagi pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin
dengan Azman.. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka
untuknya. Namun,Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi
kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief. Demi anak
mereka Kay sanggup hidup semula dengan Zainal walau masih ada syak wasangka
terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali.
Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki
itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa khabar berita. Setiap kali pertanyaan
tentang kisah silam diungkitkan, Zainal Arief hanya meminta kemaafan
darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu.
Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh
dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak
bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini. Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah
diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Sanggup ayahnya
menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal
Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya
meneruskan pelajaran mereka.
Akhirnya ayahnya mengaku yang
dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, dan dia jugalah yang merancang
pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca
mengenainya dan mencari Misya. Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya.
Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka. Tamat ...
Terima Kasih ^____^
Sehangat Asmara













NabilaMohammad. 


Muhammad Syukri






3 orang CUTE:
suka tengok adi putra berlakon hehehe teringat kat anugerah skrin rasanya yg die ngan rita rudaini sangat sweet :)
hehehe.. betol.. diorang sweettt sangat :) :)
suka la cerita ny.. illa nk tgok. . huhuhuhu
Post a Comment