

Setelah sekian lama ila tak update belog ini, tiba-tiba hari nie rajin laa pulak nak update.. Selalunya asyik tak larat jee, almaklum laa bulan-bulan puasa la kata kan.. hehe
(cam dia sorang je posa...=.=')
Hari ni ila nak cerita sikit tentang keburukan soya, selalunya dalam bulan-bulan puasa lah yang paling banyak orang jual air kacang soya. Normally, kita didedahkan tentang kelebihan kacang soya yang banyak nutrien dan protein yang baik untuk badan kita. Tapi pernah tak korang terfikir @ terlintas laaa nak tanya, apa keburukan kacang soya nie??
Setiap kejadian dimuka bumi ni, pasti ada kebaikan dan keburukan nya kan.
Soo, kalau korang nak tahu kacang soya sebenarnya mempunyai kandungan bahan kimia yang merbahaya terutamanya untuk kaum hawa.
Antara keburukan kacang soya nie ialah:
- Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
- Berupaya mempengaruhi dan melembapkan otak @ minda kita.
- Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
- Mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormonestrogen iaitu hormon wanita. Kalau di ambil secara berlebihan boleh mengubah perkembangan seksual.
- Selain itu , kacang soya juga mempunyai bahan kimia hemaglutinin iaitu jaringan virus H1N1.
Jangan risau sebab bahan-bahan ini dapat di deaktifkan melalui proses penapaian. Antara produk kacang soya yang melalui proses penapaian ialah tempe.
Fakta 1 : 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita.
Fakta 2 : Dikatakan, bayi yang diberi susu yang berasaskan soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 pil perancang dalam sehari.
So lepas ni korang kena la makan tempe je.. hehe. Kalau produk lain macam air soya dan tofu, bahan kimia itu still ada lagi, tapi sikit je laa. Lepas ni, korang kena laa kurangkan makanan @ minuman yang berasaskan soya, bukan tak bagi minum @ makan tapi just jangan kerap sangat laa sebab dia akan memberi kesan jangka panjang pada kita.
Itu saja ila nak kongsi hari ni.
Terima Kasih.
^_____^
Keburukan Kacang Soya.






NabilaMohammad. 


Muhammad Syukri






2 orang CUTE:
Oh My , ila suke minum air soya , tak tahu pula keburukan soya , ila minum soya yeos , ngehngehngeh^^
hehehe... tu laa.. sebelu nie pon saya pon tak tahu.. lepas dat info nie.. terus kurangkan minum soya.. ^____^
Post a Comment